Menu untuk makan petang hari ni ialah nasi goreng nenas. sangat suka makan chunky nenas yang manis2 tu....
Bahan-bahan ;
1. 2 mangkuk nasi yang telah diperoi
2. 3 ulas bawang merah *
3. 2 ulas bawang putih*
4. biji cili api*
4. 200 gm isi ayam
5. 1 mangkuk kecil nenas yang dipotong dadu (saya guna yang nenas dlm tin je)
6. 1 biji telur ayam utk hiasan
7. 1 paket serbuk nasi goreng adabi
8. kacang gajus (optional)
Cara-cara ;
- Tumbuk halus bahan yang bertanda (*)
- Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi
- Masukkan isi ayam, goreng sehingga garing
- Masukkan serbuk nasi goreng adabi
- Masukkan garam
- Gaul sehingga sebati dan masukkan nasi
- Gaul sehingga sebati lagi dan masukkan nenas
- Kalau dah nampak masak bolehla tutup api dan hidangkan bersama telur dadar yang dihiris halus2.
No comments:
Post a Comment