Dah agak kebosanan untuk ayam masak merah..kali ni..try masak ayam masak madu.
Bahan-bahan
1. 400 gm ayam yang dipotong sederhana besar
2. Garam & kunyit utk digaulkan bersama ayam bagi proses menggoreng ayam
3. Cili giling (ikut sukatan sendiri)
4. 5-6 ulas bawang merah *
5.2-3 ulas bawang putih*
6. Sedikit halia*
7. 3 sudu besar madu lebah
8. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
9. Bawang besar holand & cili merah(untuk hiasan)
Cara-cara
- Goreng ayam sehingga kuning keemasan
- Kisar bahan bertanda * dan sediakan minyak untuk menumis
- Tumis bahan kisaran sehingga wangi dan setelah itu masukkan cili giling
- Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan madu berserta ayam
- Masukkan lada hitam, gaul sehingga sebati dan masukkan hirisan bawang besar dan cili
- rasakan garam , jika sudah berpuas hati, bolehlah diangkat.
Selamat mencuba ...
No comments:
Post a Comment