dah bosan mengolah kuih cek mek molek.kali ni zue try plak buat kiuh keria..mula2 mmg menjadi doh die.tp masuk bab sira gula.. hancusss hangusss..... huhuhu so kali ni zue gaul dengan gula terus jek! tu pon dh sedap! dan semestinya boleh kurangkan kemanisan nya!
Bahan-bahan
1. 500gm ubi keledek kuning
2. 1 cawan lebih gandum(sukat ikut ubi keledek supaya kuih tak menjadi keras)
3. sedikit air untuk proses menguli
4. sedikit garam
5. gula untuk proses menyira kuih
Cara-cara untuk doh kuih
1. Buang kulit ubi dan potong kiub
2. Rebus ubi dan letakkan sedikit garam
3. apabila ubi sudah empuk, toskan dan rehatkan sebentar bagi menyejukkan ubi
4. setelah ubi sejuk lenyekkan dan masukkan ke dalam bekas adunan
5. masukkan gandum
6. masukkan air dan uli sehingga menjadi seperti doh
7. Bentukkan doh seperti gegelang macam donut tuuu
8. Selesai membuat bentu seperti yang dinyatakan . bolehla mulakan proses menggoreng kuih
9.Goreng sehingga kuning keemasan
10.angkat dan sejukkan sebentar
Ni lah rupa doh yang telah dibentuk seperti donut.
Cara-cara untu membuat sira gula kuih;
1. masukkan sedikit air ke dalam kuali
2. setelah air mula mendidih masukkan gula sebanyak 2 sudu besar
3. kacau sehingga sebati dan gula mula memekat
4. masukkan kuih dan kacau tanpa henti sehingga ianya tidak melekat antara satu sama lain.
5. dah siap boleh la dihidangkan .
No comments:
Post a Comment