Saturday 8 December 2012

::Lala Goreng Berlada::

Hari ni bertemakan cili.. pedas2 belaka... huhu.. menu kedua untuh makan  tengahari hari ini iaitu lala goreng berlada ;


Cili api ni sememangnya sangat sedap dimakan begitu sahaja..sedappp!!!

Bahan-bahan ;

1kg lala
10 biji cili api (dipotong halus-halus)
2 batang serai (dititik)
5 biji bawang putih (ditumbuk halus)
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
sedikit sos tiram
Minyak untuk menumis serta garam&gula sebagai penambah perasa

Cara -cara ;
  1. Tumis bawang putih
  2. Masukkan cili api yang diracik halus-halus
  3. Tumis sehingga sedikit garing 
  4. Masukkan serai
  5. Masukkan Sos Cili, sos tomato & sos tiram
  6. Masukkan lala yang sudah dibersihkan 
  7. Gaul bagi rata, masukkan sedikit air
  8. Masukkan bahan perasa, apabila kuah pekat, bolehlah diangkat. 

Selamat mencuba, tak Mo cuba, tengOk je Pon BoleY :)

No comments:

Post a Comment