Friday 18 January 2013

Nasi Ayam

Menu special untuk hari ini 18 januari 2013, tiba-tiba je rasa nak makan nasi ayam, nasib baik bahan-bahan dah tersedia ada maka mudahlah saya untuk membikin nasi ayam ni. 



Cara membuat nasi ;

Bahan-bahan (untuk makan 3 orang)
  1. 2 cawan beras
  2. Stok rebusan ayam (diambil daripada air rebusan ayam yang hendak digoreng)
  3. 2 tangkai daun sup
  4. 2 helai daun pandan
Cara membuat ;
  1. Cuci dan tos beras dan masukkan ke dalam periuk nasi
  2. masukkan air rebusan ayam, sukat air rebusan ayam seperti biasa  anda tanak nasi
  3. masukkan daun panda yang telah disimpul
  4. untuk menambahkan warna, masukkan pewarna kuning ke dalam nasi dan gaul sehingga rata
  5. tanak nasi seperti biasa sehingga masak
Cara Membuat Sup 
 
Bahan-bahan
  1. 3-4 ulas bawang putih
  2. minyak untuk menumis
  3. 3 kuntum bunga lawang*
  4. 1 batang kulit kayu manis*
  5. 3 biji buah pelaga*
  6. 1 bujut, bunjut sup adabi
  7. garam gula secukup rasa
  8. air 
  9. ayam yang ditpotong sederhana
  10. 2-3 tangkai daun sup
Cara membuat;
  1. tumis bawang putih sehingga wangi
  2. masukkan bahan bertanda *
  3. Masukkan air dan ayam
  4. masukkan bunjut sup
  5. Masukkan daun sup yang dihiris nipis
  6. didihkan sup sehingga masak dan ayam empuk
  7. rasakan garam dan gula, tutup api kemudian asingkan ayam ke dalam bekas lain
  8. Bahagikan sup menjadi dua, 1 bekas untuk ditanak bersama nasi, dan 1 bekas lagi untuk dimakan bersama nasi ayam
Cara membuat ayam goreng

Bahan-bahan
  1. 2 sudu besar sos tiram
  2. 1 sudu besar kicap soya atau kicap pekat(mana2 je boleh)
  3. ayam yang telah direbus bersama sup tadi
Cara-cara membuat;
  1. ambil ayam yang telah direbus bersama sup tadi, letakkan di dalam bekas 
  2. Masukkan sos tiram dan kicap, 
  3. gaul sehingga sebati
  4. biarkan perapan ayam itu lebih kurang 1/2 jam
  5. setelah itu bolehlah digoreng sehingga garing 
Cara membuat sambal kicap

Bahan-bahan
  1. Kicap
  2. bawang merah& putih*
  3. cili padi (terpulang pada citarasa masing2)*
  4. Garam&gula*
  5. perahan air limau kasturi
cara membuat
  1. Kisar bahan bertanda * sehingga lumat
  2. masukkan bahan kisaran di dalam mangkuk dan gaulkan bersama kicap beserta air perahan limau kasturi
  3. rasakan garam dan gula jika sudah berpuas hati bolehlah dihidangkan bersama nasi  ayam
Cara membuat air lada/air cili/sambal
  1. Kisar cili padi bersama bawang merah dan bawang putih
  2. masukkan air limau kasturi 
  3. semasa mengisar cili, masukkan sedikit minyak supaya biji cili hancur. 
  4. setelah lumat keluarkan dan rasakan garam dan gulanya.
  5. setelah berpuas hati boleh lah dihidangkan bersama nasi ayam
untuk hidangan sampingan bolehla menambah salad, tomato dan timun batang. 

p/s walaupun step untuk buat nasi ayam ni agak panjang dan nampak mencabar,sebenarnya ianya sgt senang dibuat. cubalah... selamat mencuba yer semua...  ingat..masak dari hati masak denga iman ala2 chef ammar gitu... :) 


 selamat mencuba.. ingat masak dari hati with iman... salam sayangggg

Thursday 17 January 2013

Pulut Kuning Rendang Ayam

biasanya kalau buat pulut kuning ada hari istimewa contohnya qatam al quran, majlis perkahwinan dan sebagainya... Tapi kali  ni buat  sebab mood terlampau rajin masih berbaki ..hEhEhEhe.. 


Pulut ni..cara mengolahnya memang sangat expres, zue belajar dekat My Resepi punya blog, ada sorang akak ni share, alhamdulillah zue try la n menjadi. ni kali ke 2 zue  buat pulut kuninng express ni, kalau mengikut cara konvensional memang memakan masa yang lama. Tapi rasanya lebih kurang sama sahaja bagi zue. :) 


Resepi pulut kuning express

Bahan-bahan membuat pulut 
  1. 300 gm beras pulut yang direndam lebih kurang 1 jam
  2. 200 ml santan pekat (zue guna santan kotak jenama ms santan je)
  3. Garam dan gula
  4. sedikit air suam
  5. sedikit daun pandan (optional)
Cara-cara membuat
  1. Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam periuk nasi
  2. Masukkan semua bahan yang bernombor 2-5 ke dalam periuk
  3. Gaul sehingga sebati
  4. Jangan masukkan air terlalu banyak nanti pulut kita menjadi lembik dan kurang rasa lemak manisnya.
  5. then bolehla masak pulut seperti biasa seperti masak nasi
  6. balik2 kan pulut supaya tidak hangus.
  7. Jika sudah berpuas hati dan masak bolehla diangkat. 
Resepi Rendang  Ayam 

Bahan-bahan ;
  1. 1paket  rempah rendang adabi yang dibancuh dengan air panas
  2. 400-500gm ayam
  3. 7-8 ulas bawang merah dan 3-4 ulas bawang putih*
  4. 1 sudu besar kerisik
  5. 1 1/2 cawan santan pekat*
  6. Sedikit halia dan lengkuas*
  7. Sedikit air
  8. garam dan gula secukup rasa
  9. 2-3 helai daun kunyit  yang dihiris nipis2
  10. 1-2 helai daun limau purut yang dihiris nipis2
  11. 1 batang serai yang dititik, zue guna 1 je sebab serainya saiz besar 
  12. sedikit air asam jawa extra adabi
Cara  membuat 
  1. Kisar bahan bertanda * sehingga lumat 
  2. Tumis bahan bertanda * sehingga wangi bersama sedikit minyak masak
  3. setelah naik bau, masukkan rempah rendang adabi dan tumis sehingga pecah minyak
  4. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati
  5. Masukkan santan dan sedikit air bersama air asam jawa
  6. Masukkan Daun limau purut,serai, daun kunyit
  7. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan kerisik
  8. jangan berhenti menggaul supaya di bahagian bawah tidak hangit
  9. Masak sehinngga kuah menjadi kering @pekat
  10. rasakan garam dan gula nya, jika sudah berpuas hati bolehlah ditutup api

Selamat mencuba,
p/s: setiap bahan yang digunakan adalah anggaran masing-masing , jika terlalu mengikut resepi pon tak menjadi jugak, apa yang zue boleh cakap, tengok resepi sebagai panduan untuk membuat, dan masaklah dengan sepenuh hati, insha Allah apa yang dimasak akan mengikut apa yang kita mahukan, jangan lupa.. masak sambil bezikir bukan sambil membebel.. 

Ayam goreng kunyit

Entry kali ini zue nak kongsi satu resepi iaitu ayam goreng kunyit bersama sayur campur


Bahan-bahan;
  1. 200-300 gm ayam yang dipotong kecil2
  2. 1 labu bawang besar sai sederhana
  3. lobak merah 
  4. cili merah
  5. kacang panjang
  6. bunga kubis
  7. 1 keping tauhu (optional)
  8. Garam&kunyit
Cara membuat
  1. gaul  ayam bersama garam dan kunyit
  2. Goreng ayam sehingga sedikit garing 
  3. masukkan tauhu dan goreng lagi sehingga tauhu masak
  4. masukkan sayuran dan goreng sehingga sayur masak.
  5. setelah berpuas hati bolehlah ditutup api dan dihidangkan..

 
selamat mencuba.. 

Tuesday 15 January 2013

Kueh teow goreng basah

alkisah nk membuat char kueh teow. tp menjadi kueh teow goreng. sebabnya tak cukup berair katanya..


Bahan-bahan;
  1. 1 paket kueh teow
  2. Udang
  3. 2 biji telur ayam
  4. 3-4 ulas bawang putih ditumbuk halus
  5. taugeh
  6. 4-5 biji cili padi dihiris 
  7. 1 keping tauhu dipotong dadu
  8. 2 biji totamo (optional)
  9. sedikit pes cili untuk menumis.
  10. sedikit sos tiram
  11. sedikit kicap soya
*Bahan-bahan yang dinyatakan adalah mengikut sukatan citarasa masing-masing.

Cara-cara
  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan tauhu dan goreng sehingga tauhu menjadi sedikit keras/kekuningan
  3. Masukkan pes cili  beserta sos tiram dan kicap, tumis sehingga sedikit garing, 
  4. Masukkan air dan kacau lagi
  5. Masukkan kueh teow dan gaul sehingga sebati 
  6. Masukkan telur kan kacau sehingga sebati 
  7. Masukkan udang (saya masukkan udang di akhir kerana tak mahu udang masak dengan lama.sbb xnak hilangkan kemanisan udang tersebut) 
  8. akhir sekali , masukkan tomato, taugeh dan cili padi yang telah dihiris nipis2 
  9. rasa kan garam jika sudah berpuas hati bolehla menutup api dan dihidangkan.
*saya mengambil masa yang sekejap sahaja utk memasak kueh teow ni. mungkin less than 5 minutes... kalau pg pasar malam..tgk org goreng kueh teow.. adush..macam sekelip mata je.. huhu....tapi apepon seeloknya masak sehingga bahan mentah yang kita guna pakai tu betul2  masak dan yang paling penting, jaga kebersihan ... :) supaya tiada istilah food poisoning ... 

Monday 14 January 2013

Homemade Chocolate

Assalamualaikum, entri kali ni zue mencuba mengolah coklat.. lebihan coklat masakan daripada membuat kek coklat itu hari masih berbaki, dengan rasa yang penuh minat cuba membikin coklat bersama almond


first trial, nampak kecomotannya... hahaha

Bahan-bahan- 

1. 200 gm coklat masakan
2. kacang almond

Cara-cara-

1. patahkan coklat kecil2 
2. masak coklat masakan secara double 
3. setelah coklat cair tuang separuh ke dalam bekas silikon
4. Masukkan kacang almond dan penuhkan bekas silikon dengan coklat
6. dah siap , bolehla letak di dalam freezer  semalaman untuk hasil yang terbaik

tp disebabkan kite tak sabar nk tgk hsilnya. x sampai sejam, zue dah bukak.. over xcited sudaaa... huhu
enjoy our petang dengan homemade chocolate..


Cucur labu

cucur labu amat sesuai dijadikan menu makan petang, kali ni zue mencuba membuat cucur labu tanpa merebusnya terlebih dahulu, ternyata, cara ini lebih mudah dan menyedapkan


Bahan-bahan

1. 400 gm labu 
2. 3 cawan tepung gandum
3. Gula (mengikut citarasa masing2, kalau inginkan manis lebihkan gula)
4. sedikit air untuk proses mengandun adunan cucur tersebut



Cara-cara;

1. Buang kulit labu, dan basuh terlebih dahulu, toskan , potong labu secara dadu kecil 
2. Masukkan tepung, labu  ke dalam 1 bekas adunan
3. Gaul sehingga sebati dan masukkan gula
4. Masukkan air , jangan terlalu banyak nanti adunan menjadi cair
5. Panaskan minyak , dan bolehkan mulakan proses menggoreng,
6. apabila sudah kekuningan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sambal Udang

Sebenarnya ni kali permata buat sekelian kalinya, zue dah berjaya makan udang tanpa alahan yang teramat teruk, alhamdulillah selepas membuat pembedahan membuang tonsil, pelahan-lahan zue dah boleh makan makanan laut especially udang, dulu udang dengan ketam mmg langsung tak dpt makan.sbb alahan teruk.. skrg alhadulillah dh berkurang. dan yang penting, lepas makan takkan demam lagi... 

Bahan-bahan

1. 400 gm udang saiz xl
2. 4-5 ulas bawang merah *
3. 2-3 ulas bawang putih*
4. sedikit halia*
4. 3 sudu besar pes cili
5. bawang besar yang dipotong gegelang sbg hiasan

Cara-cara 

1. Kisar bahan yang bertanda * sehingga lumat
2. Tumiskan bahan kisaran sehingga wangi
3. masukkan pes cili
4. masak sehingga pecah minyak
5. masukkan udang 
6. tambah air jika mahukan kuah yang banyak
7. Masukkan bawang besar
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. jika sudah berpuas hati, bolehlah dihidangkan. 

 Selamat mencuba..