Saturday 12 January 2013

Singgang Daging

Salah satu tipical kelantan punya menu..iaitu singgang daging..hidangan yang menyihatkan buat seisi keluarga.


Bahan-bahan
  1. 400 gm daging yang dihiris nipis2
  2. 2-3 ulas bawang putih dihiris nipis memanjang #
  3. 3-4 tangkai cili padi #
  4. 1 sudu kecil biji ketumbar*
  5. 1/2 sudu kecil jintan manis*
  6. Bawang besar holand dipotong dadu (optional)#
  7. 2 inci lengkuas dihiris nipis memanjang#
  8. sedikit halia .juga dihiris nipis memanjang #
  9. Sedikit asam keping jgn banyak nt terlebih masam pulak#
kalau kat kg, mak selalu taruk hirisan cil kering tp saya x taruk sbb xnk pedas sgt

Cara-cara 
  1. Tumbuk separuh hancur  bahan yang bertanda *
  2. Rebus daging sehingga separuh empuk dan masukkan semua bahan yang bertanda #
  3. setelah itu masukkan bahan bertanda * yang telah ditumbuk
  4. Didihan daging bersama bahan2 tersebut sehingga empuk
  5. Rasakan garam, jika dh  secukup rasa dan empuk daging nya bolehlah ditutup api dan dihidangkan.
 
selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment