Wednesday 9 January 2013

Nasi dagang

Menu sempena tahun baru hari ni ialah nasi dagang... dh lama beras nasi dagang tersadai dlm kabinet tu.. huhu... so inila masa yang sesuai untuk mengolah nasi dagang sementara mood rajin dtg menjelma.. 


Bahan -bahan

  1. 1/2 kg beras nasi dagang yang telah direndam semalaman.
  2. 1 sudu kecil halba
  3. 3-4 ulas bawang merah (dihiris nipis)*
  4. 1-2 ulas bawang merah (dihiris nipis)*
  5. sedikit halia (dihiris nipis)*
  6. 2 cawan santan pekat 

Cara-cara menyediakan santan untuk digaul bersama nasi;

  1. Masak santan pekat bersama bahan bertanda *
  2. Masukkan sedikit garam untuk memberi rasa kepada nasi kelak..
  3. Sedikit gula.
  4. Masak sehingga santan mendidih..
Cara menyediakan nasi ;

  1. Toskan beras yang telah dicuci
  2. masukkan ke dalam periuk kukusan
  3. kukus sehingga 1/2 masak
  4. angkat nasi dan masukkan ke dalam bekas  yang besar (untuk memudahkan proses menggaul)
  5. Masukkan santan ke dalam nasi td dan gaul sehingga sebati
  6. setelah gaul. masukkan semula nasi ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi.
  7. setelah hampir masak keluarkan lagi nasi tersebut ulang step no 5 &6
  8. kukus nasi sehingga masak. setelah masak.bolehlah dihidangkan 

Nasi dagang enak dimakan bersama gulai ikan tongkol. klik sini untuk  resepinya
cuma berbeza sedikit dengan resepi itu ..semasa membuat gulai ikan tongkol ni..saya tambahkan rempah kari ikan yang telah dibancuh.. untuk menambahkan kesedapan .. 



selamat mencuba...:) 

2 comments:

  1. ejah ambo nok oda buleh ko...klu nk gati ike ayo nga ike keli buleh dop...

    ReplyDelete