Friday 18 January 2013

Nasi Ayam

Menu special untuk hari ini 18 januari 2013, tiba-tiba je rasa nak makan nasi ayam, nasib baik bahan-bahan dah tersedia ada maka mudahlah saya untuk membikin nasi ayam ni. 



Cara membuat nasi ;

Bahan-bahan (untuk makan 3 orang)
  1. 2 cawan beras
  2. Stok rebusan ayam (diambil daripada air rebusan ayam yang hendak digoreng)
  3. 2 tangkai daun sup
  4. 2 helai daun pandan
Cara membuat ;
  1. Cuci dan tos beras dan masukkan ke dalam periuk nasi
  2. masukkan air rebusan ayam, sukat air rebusan ayam seperti biasa  anda tanak nasi
  3. masukkan daun panda yang telah disimpul
  4. untuk menambahkan warna, masukkan pewarna kuning ke dalam nasi dan gaul sehingga rata
  5. tanak nasi seperti biasa sehingga masak
Cara Membuat Sup 
 
Bahan-bahan
  1. 3-4 ulas bawang putih
  2. minyak untuk menumis
  3. 3 kuntum bunga lawang*
  4. 1 batang kulit kayu manis*
  5. 3 biji buah pelaga*
  6. 1 bujut, bunjut sup adabi
  7. garam gula secukup rasa
  8. air 
  9. ayam yang ditpotong sederhana
  10. 2-3 tangkai daun sup
Cara membuat;
  1. tumis bawang putih sehingga wangi
  2. masukkan bahan bertanda *
  3. Masukkan air dan ayam
  4. masukkan bunjut sup
  5. Masukkan daun sup yang dihiris nipis
  6. didihkan sup sehingga masak dan ayam empuk
  7. rasakan garam dan gula, tutup api kemudian asingkan ayam ke dalam bekas lain
  8. Bahagikan sup menjadi dua, 1 bekas untuk ditanak bersama nasi, dan 1 bekas lagi untuk dimakan bersama nasi ayam
Cara membuat ayam goreng

Bahan-bahan
  1. 2 sudu besar sos tiram
  2. 1 sudu besar kicap soya atau kicap pekat(mana2 je boleh)
  3. ayam yang telah direbus bersama sup tadi
Cara-cara membuat;
  1. ambil ayam yang telah direbus bersama sup tadi, letakkan di dalam bekas 
  2. Masukkan sos tiram dan kicap, 
  3. gaul sehingga sebati
  4. biarkan perapan ayam itu lebih kurang 1/2 jam
  5. setelah itu bolehlah digoreng sehingga garing 
Cara membuat sambal kicap

Bahan-bahan
  1. Kicap
  2. bawang merah& putih*
  3. cili padi (terpulang pada citarasa masing2)*
  4. Garam&gula*
  5. perahan air limau kasturi
cara membuat
  1. Kisar bahan bertanda * sehingga lumat
  2. masukkan bahan kisaran di dalam mangkuk dan gaulkan bersama kicap beserta air perahan limau kasturi
  3. rasakan garam dan gula jika sudah berpuas hati bolehlah dihidangkan bersama nasi  ayam
Cara membuat air lada/air cili/sambal
  1. Kisar cili padi bersama bawang merah dan bawang putih
  2. masukkan air limau kasturi 
  3. semasa mengisar cili, masukkan sedikit minyak supaya biji cili hancur. 
  4. setelah lumat keluarkan dan rasakan garam dan gulanya.
  5. setelah berpuas hati boleh lah dihidangkan bersama nasi ayam
untuk hidangan sampingan bolehla menambah salad, tomato dan timun batang. 

p/s walaupun step untuk buat nasi ayam ni agak panjang dan nampak mencabar,sebenarnya ianya sgt senang dibuat. cubalah... selamat mencuba yer semua...  ingat..masak dari hati masak denga iman ala2 chef ammar gitu... :) 


 selamat mencuba.. ingat masak dari hati with iman... salam sayangggg

Thursday 17 January 2013

Pulut Kuning Rendang Ayam

biasanya kalau buat pulut kuning ada hari istimewa contohnya qatam al quran, majlis perkahwinan dan sebagainya... Tapi kali  ni buat  sebab mood terlampau rajin masih berbaki ..hEhEhEhe.. 


Pulut ni..cara mengolahnya memang sangat expres, zue belajar dekat My Resepi punya blog, ada sorang akak ni share, alhamdulillah zue try la n menjadi. ni kali ke 2 zue  buat pulut kuninng express ni, kalau mengikut cara konvensional memang memakan masa yang lama. Tapi rasanya lebih kurang sama sahaja bagi zue. :) 


Resepi pulut kuning express

Bahan-bahan membuat pulut 
  1. 300 gm beras pulut yang direndam lebih kurang 1 jam
  2. 200 ml santan pekat (zue guna santan kotak jenama ms santan je)
  3. Garam dan gula
  4. sedikit air suam
  5. sedikit daun pandan (optional)
Cara-cara membuat
  1. Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam periuk nasi
  2. Masukkan semua bahan yang bernombor 2-5 ke dalam periuk
  3. Gaul sehingga sebati
  4. Jangan masukkan air terlalu banyak nanti pulut kita menjadi lembik dan kurang rasa lemak manisnya.
  5. then bolehla masak pulut seperti biasa seperti masak nasi
  6. balik2 kan pulut supaya tidak hangus.
  7. Jika sudah berpuas hati dan masak bolehla diangkat. 
Resepi Rendang  Ayam 

Bahan-bahan ;
  1. 1paket  rempah rendang adabi yang dibancuh dengan air panas
  2. 400-500gm ayam
  3. 7-8 ulas bawang merah dan 3-4 ulas bawang putih*
  4. 1 sudu besar kerisik
  5. 1 1/2 cawan santan pekat*
  6. Sedikit halia dan lengkuas*
  7. Sedikit air
  8. garam dan gula secukup rasa
  9. 2-3 helai daun kunyit  yang dihiris nipis2
  10. 1-2 helai daun limau purut yang dihiris nipis2
  11. 1 batang serai yang dititik, zue guna 1 je sebab serainya saiz besar 
  12. sedikit air asam jawa extra adabi
Cara  membuat 
  1. Kisar bahan bertanda * sehingga lumat 
  2. Tumis bahan bertanda * sehingga wangi bersama sedikit minyak masak
  3. setelah naik bau, masukkan rempah rendang adabi dan tumis sehingga pecah minyak
  4. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati
  5. Masukkan santan dan sedikit air bersama air asam jawa
  6. Masukkan Daun limau purut,serai, daun kunyit
  7. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan kerisik
  8. jangan berhenti menggaul supaya di bahagian bawah tidak hangit
  9. Masak sehinngga kuah menjadi kering @pekat
  10. rasakan garam dan gula nya, jika sudah berpuas hati bolehlah ditutup api

Selamat mencuba,
p/s: setiap bahan yang digunakan adalah anggaran masing-masing , jika terlalu mengikut resepi pon tak menjadi jugak, apa yang zue boleh cakap, tengok resepi sebagai panduan untuk membuat, dan masaklah dengan sepenuh hati, insha Allah apa yang dimasak akan mengikut apa yang kita mahukan, jangan lupa.. masak sambil bezikir bukan sambil membebel.. 

Ayam goreng kunyit

Entry kali ini zue nak kongsi satu resepi iaitu ayam goreng kunyit bersama sayur campur


Bahan-bahan;
  1. 200-300 gm ayam yang dipotong kecil2
  2. 1 labu bawang besar sai sederhana
  3. lobak merah 
  4. cili merah
  5. kacang panjang
  6. bunga kubis
  7. 1 keping tauhu (optional)
  8. Garam&kunyit
Cara membuat
  1. gaul  ayam bersama garam dan kunyit
  2. Goreng ayam sehingga sedikit garing 
  3. masukkan tauhu dan goreng lagi sehingga tauhu masak
  4. masukkan sayuran dan goreng sehingga sayur masak.
  5. setelah berpuas hati bolehlah ditutup api dan dihidangkan..

 
selamat mencuba.. 

Tuesday 15 January 2013

Kueh teow goreng basah

alkisah nk membuat char kueh teow. tp menjadi kueh teow goreng. sebabnya tak cukup berair katanya..


Bahan-bahan;
  1. 1 paket kueh teow
  2. Udang
  3. 2 biji telur ayam
  4. 3-4 ulas bawang putih ditumbuk halus
  5. taugeh
  6. 4-5 biji cili padi dihiris 
  7. 1 keping tauhu dipotong dadu
  8. 2 biji totamo (optional)
  9. sedikit pes cili untuk menumis.
  10. sedikit sos tiram
  11. sedikit kicap soya
*Bahan-bahan yang dinyatakan adalah mengikut sukatan citarasa masing-masing.

Cara-cara
  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan tauhu dan goreng sehingga tauhu menjadi sedikit keras/kekuningan
  3. Masukkan pes cili  beserta sos tiram dan kicap, tumis sehingga sedikit garing, 
  4. Masukkan air dan kacau lagi
  5. Masukkan kueh teow dan gaul sehingga sebati 
  6. Masukkan telur kan kacau sehingga sebati 
  7. Masukkan udang (saya masukkan udang di akhir kerana tak mahu udang masak dengan lama.sbb xnak hilangkan kemanisan udang tersebut) 
  8. akhir sekali , masukkan tomato, taugeh dan cili padi yang telah dihiris nipis2 
  9. rasa kan garam jika sudah berpuas hati bolehla menutup api dan dihidangkan.
*saya mengambil masa yang sekejap sahaja utk memasak kueh teow ni. mungkin less than 5 minutes... kalau pg pasar malam..tgk org goreng kueh teow.. adush..macam sekelip mata je.. huhu....tapi apepon seeloknya masak sehingga bahan mentah yang kita guna pakai tu betul2  masak dan yang paling penting, jaga kebersihan ... :) supaya tiada istilah food poisoning ... 

Monday 14 January 2013

Homemade Chocolate

Assalamualaikum, entri kali ni zue mencuba mengolah coklat.. lebihan coklat masakan daripada membuat kek coklat itu hari masih berbaki, dengan rasa yang penuh minat cuba membikin coklat bersama almond


first trial, nampak kecomotannya... hahaha

Bahan-bahan- 

1. 200 gm coklat masakan
2. kacang almond

Cara-cara-

1. patahkan coklat kecil2 
2. masak coklat masakan secara double 
3. setelah coklat cair tuang separuh ke dalam bekas silikon
4. Masukkan kacang almond dan penuhkan bekas silikon dengan coklat
6. dah siap , bolehla letak di dalam freezer  semalaman untuk hasil yang terbaik

tp disebabkan kite tak sabar nk tgk hsilnya. x sampai sejam, zue dah bukak.. over xcited sudaaa... huhu
enjoy our petang dengan homemade chocolate..


Cucur labu

cucur labu amat sesuai dijadikan menu makan petang, kali ni zue mencuba membuat cucur labu tanpa merebusnya terlebih dahulu, ternyata, cara ini lebih mudah dan menyedapkan


Bahan-bahan

1. 400 gm labu 
2. 3 cawan tepung gandum
3. Gula (mengikut citarasa masing2, kalau inginkan manis lebihkan gula)
4. sedikit air untuk proses mengandun adunan cucur tersebut



Cara-cara;

1. Buang kulit labu, dan basuh terlebih dahulu, toskan , potong labu secara dadu kecil 
2. Masukkan tepung, labu  ke dalam 1 bekas adunan
3. Gaul sehingga sebati dan masukkan gula
4. Masukkan air , jangan terlalu banyak nanti adunan menjadi cair
5. Panaskan minyak , dan bolehkan mulakan proses menggoreng,
6. apabila sudah kekuningan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sambal Udang

Sebenarnya ni kali permata buat sekelian kalinya, zue dah berjaya makan udang tanpa alahan yang teramat teruk, alhamdulillah selepas membuat pembedahan membuang tonsil, pelahan-lahan zue dah boleh makan makanan laut especially udang, dulu udang dengan ketam mmg langsung tak dpt makan.sbb alahan teruk.. skrg alhadulillah dh berkurang. dan yang penting, lepas makan takkan demam lagi... 

Bahan-bahan

1. 400 gm udang saiz xl
2. 4-5 ulas bawang merah *
3. 2-3 ulas bawang putih*
4. sedikit halia*
4. 3 sudu besar pes cili
5. bawang besar yang dipotong gegelang sbg hiasan

Cara-cara 

1. Kisar bahan yang bertanda * sehingga lumat
2. Tumiskan bahan kisaran sehingga wangi
3. masukkan pes cili
4. masak sehingga pecah minyak
5. masukkan udang 
6. tambah air jika mahukan kuah yang banyak
7. Masukkan bawang besar
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. jika sudah berpuas hati, bolehlah dihidangkan. 

 Selamat mencuba..

Daging goreng kunyit

Assalamualaikum, kali ni zue mencuba menu daging goreng kunyit. 

 
Bahan-bahan;

500 gm daging lembu
serbuk kunyit
cili merah
bawang besar holand
bahan sampingan minyak,garam & air

Cara-cara
1. Masukkan daging ke dalam kuali berserta sedikit air 
2. Masukkan sedikit serbuk kunyit bersama garam
3. Masak daging sehingga empuk dan kering airnya
4.Setekah air kering, masukkan minyak dan mula menggoreng
5. Goreng daging sehingga sedikit garing 
6.Masukkan bawang besar dan cili 
7. setelah berpuas hati, bolehla tutupkan api dan dihidangkan 

FYI : proses menggoreng daging ini merupakan cara drp kelantan, kalau di negeri lain tak pasti la saya, mcm mana proses menggoreng daging. tp last sekali keluar jgk kan daging  gorengnya, cuma cara masing2 berlainan.. :) 

Kueh Teow Ladna

Assalamualaikum....entry kali ni zue nak kongsi masakan yang menyihatkan ..huhu.... iaitu kueh toew ladna.. salah satu menu favorite kalu  pegi kedai masakan thai. 


Ni gambar yg zue sempat snap masa tgh membikinnya... :) 

Bahan-bahan;

1. Kueh toew
2 Udang
3 Isi ayam yang dipotong kecil2
4. 2 ulas bawang putih utk menumis
5. sayuran seperti lobak merah, brokoli, tomato, bunga kobis, cili merah dan sebagainya mengikut citarasa masing2 ok.
5. Sedikit lada hitam (if x suka lada hitam jangan bubuh ok)
6. 1 sudu kecil tepung jagung untuk memekatkan kuah .
*bahan2 mengikut citarasa dan kuantiti yang anda inginkan.

Cara-cara;

  1. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk halus
  2. Setelah kekuningan, masukkan isi ayam dan masukkan lebih kurang 1 cawan air masak
  3. Kacau kuah sehingga mendidih, setelah ayam masak, masukkan sayuran
  4. setelah itu masukan udang, kacau sehingga ianya sebati.. tambah air jika perlu
  5. biarkan ianya mendidih sehingga udang dan sayur masak.
  6. Masukkan kueh teow yang telah dicelur kacau sehingga sebati 
  7. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan tepung jagung
  8. Kacau sehingga kuah menjadi likat. rasakan garam, apabila sudah berpuas hati bolehlah diangkat dan dihidangkan.

pic ni zue snap masa nak hidangkan pada suami... enjoy it

selamat mencuba..


Sunday 13 January 2013

Kuih Keria.

dah bosan mengolah kuih cek mek molek.kali ni  zue try plak buat kiuh keria..mula2 mmg menjadi doh die.tp masuk bab sira gula.. hancusss hangusss..... huhuhu so kali ni zue gaul dengan gula terus jek! tu pon  dh sedap! dan semestinya boleh kurangkan kemanisan nya!

 
Bahan-bahan 
1. 500gm  ubi keledek kuning
2. 1 cawan lebih gandum(sukat ikut ubi keledek supaya kuih tak menjadi keras)
3. sedikit air untuk proses menguli
4. sedikit garam
5. gula untuk proses menyira kuih


Cara-cara  untuk doh kuih

1.  Buang kulit ubi dan potong kiub 
2. Rebus ubi dan letakkan sedikit garam
3. apabila ubi sudah empuk, toskan dan rehatkan sebentar bagi menyejukkan ubi
4. setelah ubi sejuk lenyekkan dan masukkan ke dalam bekas adunan
5. masukkan gandum
6. masukkan air dan uli sehingga menjadi seperti doh
7. Bentukkan doh seperti gegelang macam donut tuuu
8. Selesai membuat bentu seperti yang dinyatakan . bolehla mulakan proses menggoreng kuih
9.Goreng sehingga kuning keemasan
10.angkat dan sejukkan sebentar

Ni lah rupa doh yang telah dibentuk seperti donut.


Cara-cara untu membuat sira gula kuih;

1. masukkan sedikit air ke dalam kuali
2. setelah air mula mendidih masukkan gula sebanyak 2 sudu besar
3. kacau sehingga sebati dan gula mula memekat
4.  masukkan kuih dan kacau tanpa henti sehingga ianya tidak melekat antara satu sama lain. 
5. dah siap boleh la dihidangkan .

Saturday 12 January 2013

Singgang Daging

Salah satu tipical kelantan punya menu..iaitu singgang daging..hidangan yang menyihatkan buat seisi keluarga.


Bahan-bahan
  1. 400 gm daging yang dihiris nipis2
  2. 2-3 ulas bawang putih dihiris nipis memanjang #
  3. 3-4 tangkai cili padi #
  4. 1 sudu kecil biji ketumbar*
  5. 1/2 sudu kecil jintan manis*
  6. Bawang besar holand dipotong dadu (optional)#
  7. 2 inci lengkuas dihiris nipis memanjang#
  8. sedikit halia .juga dihiris nipis memanjang #
  9. Sedikit asam keping jgn banyak nt terlebih masam pulak#
kalau kat kg, mak selalu taruk hirisan cil kering tp saya x taruk sbb xnk pedas sgt

Cara-cara 
  1. Tumbuk separuh hancur  bahan yang bertanda *
  2. Rebus daging sehingga separuh empuk dan masukkan semua bahan yang bertanda #
  3. setelah itu masukkan bahan bertanda * yang telah ditumbuk
  4. Didihan daging bersama bahan2 tersebut sehingga empuk
  5. Rasakan garam, jika dh  secukup rasa dan empuk daging nya bolehlah ditutup api dan dihidangkan.
 
selamat mencuba...

ayam masak madu

Dah agak kebosanan untuk ayam masak merah..kali ni..try masak ayam masak madu.


Bahan-bahan 
1. 400 gm ayam yang dipotong sederhana besar 
2. Garam & kunyit utk digaulkan bersama ayam bagi proses menggoreng ayam 
3. Cili giling (ikut sukatan sendiri)
4. 5-6 ulas bawang merah *
5.2-3 ulas bawang putih*
6. Sedikit halia* 
7. 3 sudu besar madu lebah
8. 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
9. Bawang besar holand & cili merah(untuk hiasan)


Cara-cara 
  1. Goreng ayam sehingga kuning keemasan
  2. Kisar bahan bertanda * dan sediakan minyak untuk menumis 
  3. Tumis bahan kisaran sehingga wangi dan setelah itu masukkan cili giling
  4. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan madu berserta ayam
  5. Masukkan lada hitam, gaul sehingga sebati dan masukkan hirisan bawang besar dan cili
  6. rasakan garam , jika sudah berpuas hati, bolehlah diangkat. 


Selamat mencuba ... 

Wednesday 9 January 2013

Nasi dagang

Menu sempena tahun baru hari ni ialah nasi dagang... dh lama beras nasi dagang tersadai dlm kabinet tu.. huhu... so inila masa yang sesuai untuk mengolah nasi dagang sementara mood rajin dtg menjelma.. 


Bahan -bahan

  1. 1/2 kg beras nasi dagang yang telah direndam semalaman.
  2. 1 sudu kecil halba
  3. 3-4 ulas bawang merah (dihiris nipis)*
  4. 1-2 ulas bawang merah (dihiris nipis)*
  5. sedikit halia (dihiris nipis)*
  6. 2 cawan santan pekat 

Cara-cara menyediakan santan untuk digaul bersama nasi;

  1. Masak santan pekat bersama bahan bertanda *
  2. Masukkan sedikit garam untuk memberi rasa kepada nasi kelak..
  3. Sedikit gula.
  4. Masak sehingga santan mendidih..
Cara menyediakan nasi ;

  1. Toskan beras yang telah dicuci
  2. masukkan ke dalam periuk kukusan
  3. kukus sehingga 1/2 masak
  4. angkat nasi dan masukkan ke dalam bekas  yang besar (untuk memudahkan proses menggaul)
  5. Masukkan santan ke dalam nasi td dan gaul sehingga sebati
  6. setelah gaul. masukkan semula nasi ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi.
  7. setelah hampir masak keluarkan lagi nasi tersebut ulang step no 5 &6
  8. kukus nasi sehingga masak. setelah masak.bolehlah dihidangkan 

Nasi dagang enak dimakan bersama gulai ikan tongkol. klik sini untuk  resepinya
cuma berbeza sedikit dengan resepi itu ..semasa membuat gulai ikan tongkol ni..saya tambahkan rempah kari ikan yang telah dibancuh.. untuk menambahkan kesedapan .. 



selamat mencuba...:) 

Gulai ikan tongkol

Ni pon my kesukaan.. tambah2 kalu my mom yg masakkan.. lagi sedap!.



bahan-bahan ;

1. 300 gm ikan tongkol yang telah dipotong dan direbus 
2. Santan kelapa
3. 1 sudu kecik kerisik
4. 1sudu besar pes cili
5. 5-6  ulas bawang merah , 3-4 ulas bawang putih*
6. sedikit lengkuas*
5. sedikit gula melaka
6. 1-2 keping asam keping 
7. sedikit kunyit hidup*

cara-cara ;
  1. Kisar bahan bertanda * sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk
  2. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati 
  3. setelah itu masukkan pes cili, kerisik, gula melaka, asam keping 
  4. apabila mendidih masukkan ikan tongkol yang telah direbus
  5. Kacau sehingga masak.. rasakan garam ..jika sudah mencukupi bolehla tutup api dan dihidangkan.

selamat mencuba...

::Masak lemak Labu::

masakan kampung sememangnya memikat hati saya..maklumla..dibesarkan di kg... !.antara menu kesukaan saya.


bahan-bahan ;

1. 1 biji labu manis yang saiznya sederhana  (dipotong dadu)
2.  sedikit isi ikan sardin yang telah direbus
3. sedikit lada hitan
4.  3@4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih (ditumbuk bersama lada hitam& isi ikan rebus)
5. 1 cawan santan pekat. 

Cara-cara; 

1.  Masukkan santan bersama sedikit air
2. kacau santan sehingga mendidih dan masukkan bawang yang telah ditumbuk bersama lada hitam da isi ikan sardin rebus
3.masukkan labu
4. kacau sehingga labu masuk 
5.masukkan garam dan bahan perasa. 

selamat mencuba!. 

ROti jala

Menu yang sangat sesuai dimakan di petang hari bersama secawan teh!.. this is my fisrt trial.. kalu nampak x cantik ..paham2 jela ek.. :0

 
nak resepi klik kat sini... saya ikut resepi die.. malas pulak nk taip resepi .hihii :)  alhamdulillah menjadi jugak roti jala saya... :) thanks kat belog maklong sbb bagi resepi yg sedap ni!

::Hamlet::

supper di tengah malam ..dikala perut kelaparan!.


bahan-bahan ;

1. Roti panjang
2. telur
3. Kaya

cara-cara :

1. pecahkan telur di dalam kuali non stick 
2. letakkan roti di atas telur itu dan balik2 kan roti sehingga telur masak..
3. angkat dan sapukan kaya.

senang je kan...

selamat mencuba!

Teresek ayam bersama kaCang Pjg.

Teresek ni sebenarnya tipical kelantan punya masakan.kalau kat negeri lain tak tahu la saya ianya dipanggil apa.... biasanya orang buat taruk jantung pisang.. rasanya memang sedap... tp disebabkan di area saya ni susah nk cari jantung pisang..saya gantikannya dengan kacang panjang je..itupon dh terangkat abes... 

sory gambar tak clear..snap ngn fon je.. kite xde dslr lagi  :(  uhuk3..

Bahan-bahan; 

1.Kacang panjang (ikut selera masing2..tp memadailah dengan ayam yang hendak dimasukkan bersama..kang banyak kacang nye pon xsedap gak..
2. rempah gulai ayam/daging 1 paket
3. 400 gm ayam yang dipotong kecil2.. kalau taruk yang bahagian tulang2 lagi sedap!
4. 5@6 ulas bawang merah*
5. 2 ulas bawang putih*
6. sedikit halia*
7. sedikit santan pekat
8. sedikit cili padi untuk menambahkan kepedasan.
9. 1 sudu kecik kerisik


Cara -cara 
  1. Kisar bahan yang bertanda * sehingga lumat 
  2. Tumis bahan kisaran tadi sehingga naik bau 
  3. masukkan rempah gulai yang telah dibancuh dengan air  
  4. tumis sehingga pecah minyak  dan masukkan ayam gaul sehingga masak. dan masukkan kerisik
  5. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong pendek2 sehingga layu dan masukkan hirisan cili padi
  6. Akhir sekali masukkan santan pekat dan gaul sehingga sebati
  7. masukkan garam dan perasa. 
  8. agak dh masak boleh la diangkat. 
so..inilah hasilnya... :) 



selamat mencuba!