Friday 18 January 2013

Nasi Ayam

Menu special untuk hari ini 18 januari 2013, tiba-tiba je rasa nak makan nasi ayam, nasib baik bahan-bahan dah tersedia ada maka mudahlah saya untuk membikin nasi ayam ni. 



Cara membuat nasi ;

Bahan-bahan (untuk makan 3 orang)
  1. 2 cawan beras
  2. Stok rebusan ayam (diambil daripada air rebusan ayam yang hendak digoreng)
  3. 2 tangkai daun sup
  4. 2 helai daun pandan
Cara membuat ;
  1. Cuci dan tos beras dan masukkan ke dalam periuk nasi
  2. masukkan air rebusan ayam, sukat air rebusan ayam seperti biasa  anda tanak nasi
  3. masukkan daun panda yang telah disimpul
  4. untuk menambahkan warna, masukkan pewarna kuning ke dalam nasi dan gaul sehingga rata
  5. tanak nasi seperti biasa sehingga masak
Cara Membuat Sup 
 
Bahan-bahan
  1. 3-4 ulas bawang putih
  2. minyak untuk menumis
  3. 3 kuntum bunga lawang*
  4. 1 batang kulit kayu manis*
  5. 3 biji buah pelaga*
  6. 1 bujut, bunjut sup adabi
  7. garam gula secukup rasa
  8. air 
  9. ayam yang ditpotong sederhana
  10. 2-3 tangkai daun sup
Cara membuat;
  1. tumis bawang putih sehingga wangi
  2. masukkan bahan bertanda *
  3. Masukkan air dan ayam
  4. masukkan bunjut sup
  5. Masukkan daun sup yang dihiris nipis
  6. didihkan sup sehingga masak dan ayam empuk
  7. rasakan garam dan gula, tutup api kemudian asingkan ayam ke dalam bekas lain
  8. Bahagikan sup menjadi dua, 1 bekas untuk ditanak bersama nasi, dan 1 bekas lagi untuk dimakan bersama nasi ayam
Cara membuat ayam goreng

Bahan-bahan
  1. 2 sudu besar sos tiram
  2. 1 sudu besar kicap soya atau kicap pekat(mana2 je boleh)
  3. ayam yang telah direbus bersama sup tadi
Cara-cara membuat;
  1. ambil ayam yang telah direbus bersama sup tadi, letakkan di dalam bekas 
  2. Masukkan sos tiram dan kicap, 
  3. gaul sehingga sebati
  4. biarkan perapan ayam itu lebih kurang 1/2 jam
  5. setelah itu bolehlah digoreng sehingga garing 
Cara membuat sambal kicap

Bahan-bahan
  1. Kicap
  2. bawang merah& putih*
  3. cili padi (terpulang pada citarasa masing2)*
  4. Garam&gula*
  5. perahan air limau kasturi
cara membuat
  1. Kisar bahan bertanda * sehingga lumat
  2. masukkan bahan kisaran di dalam mangkuk dan gaulkan bersama kicap beserta air perahan limau kasturi
  3. rasakan garam dan gula jika sudah berpuas hati bolehlah dihidangkan bersama nasi  ayam
Cara membuat air lada/air cili/sambal
  1. Kisar cili padi bersama bawang merah dan bawang putih
  2. masukkan air limau kasturi 
  3. semasa mengisar cili, masukkan sedikit minyak supaya biji cili hancur. 
  4. setelah lumat keluarkan dan rasakan garam dan gulanya.
  5. setelah berpuas hati boleh lah dihidangkan bersama nasi ayam
untuk hidangan sampingan bolehla menambah salad, tomato dan timun batang. 

p/s walaupun step untuk buat nasi ayam ni agak panjang dan nampak mencabar,sebenarnya ianya sgt senang dibuat. cubalah... selamat mencuba yer semua...  ingat..masak dari hati masak denga iman ala2 chef ammar gitu... :) 


 selamat mencuba.. ingat masak dari hati with iman... salam sayangggg

No comments:

Post a Comment