Monday 14 January 2013

Kueh Teow Ladna

Assalamualaikum....entry kali ni zue nak kongsi masakan yang menyihatkan ..huhu.... iaitu kueh toew ladna.. salah satu menu favorite kalu  pegi kedai masakan thai. 


Ni gambar yg zue sempat snap masa tgh membikinnya... :) 

Bahan-bahan;

1. Kueh toew
2 Udang
3 Isi ayam yang dipotong kecil2
4. 2 ulas bawang putih utk menumis
5. sayuran seperti lobak merah, brokoli, tomato, bunga kobis, cili merah dan sebagainya mengikut citarasa masing2 ok.
5. Sedikit lada hitam (if x suka lada hitam jangan bubuh ok)
6. 1 sudu kecil tepung jagung untuk memekatkan kuah .
*bahan2 mengikut citarasa dan kuantiti yang anda inginkan.

Cara-cara;

  1. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk halus
  2. Setelah kekuningan, masukkan isi ayam dan masukkan lebih kurang 1 cawan air masak
  3. Kacau kuah sehingga mendidih, setelah ayam masak, masukkan sayuran
  4. setelah itu masukan udang, kacau sehingga ianya sebati.. tambah air jika perlu
  5. biarkan ianya mendidih sehingga udang dan sayur masak.
  6. Masukkan kueh teow yang telah dicelur kacau sehingga sebati 
  7. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan tepung jagung
  8. Kacau sehingga kuah menjadi likat. rasakan garam, apabila sudah berpuas hati bolehlah diangkat dan dihidangkan.

pic ni zue snap masa nak hidangkan pada suami... enjoy it

selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment