Wednesday 12 December 2012

AGAR-AGAR NENAS

Malam semalam pergi tesco, sempat tertoleh area yang jual agar2 buah2 dalam tin dan sewaktu dengannya, so ape lagi.. laju2 saya capai 1 paket serbuk agar2 dan 1 tin  buah nenas yang dh siap dipotong dadu. suami memang suka sgt makan benda2 macam ni.. sebab tu selalu buat banyak2 n letak dalam peti. :) 



Bahan-bahan;

1 tin buah nenas yang telah dipotong dadu siap2
1 paket serbuk agar2  yang bersamaan dengan 10 mg
300ml susu cair
1 cawan gula
sedikit pewarna kuning (sbb saya buat 2 lapis)

Car-cara

  1. Panaskan air sebanyak 1 liter 
  2. masukkan serbuk agar2 bersama2 gula
  3. apabila dah mendidih masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati
  4. Tutupkan api dan masukkan nenas
  5. Bahagikan agar2 kepada 2 bekas
  6. ambil 1 bekas  yang berisi agar2 dan masukkan pewarna kuning, gaul sehingga rata.
  7. Dan bolehlah dimasukkan kedalam mangkuk yang comel2 
  8. Masukkan agar2 yang berwarna kuning dahulu, sejukkan sebentar dan barulah masukkan agar2 yang berwarna putih diatasnya.. maka terbentuklah 2 lapis warna .. 
macam ni.... nampak tak dah terbentuk 2 lapis warna ; 


sedap dimakan bila dh sejuk....... Selamat mencuba..

Nasi Goreng Nenas

Menu untuk makan petang hari ni ialah nasi goreng nenas. sangat suka makan chunky nenas yang  manis2 tu....


Bahan-bahan ; 

1. 2 mangkuk nasi yang telah diperoi 
2. 3 ulas bawang merah *
3. 2 ulas bawang putih*
4. biji cili api*
4. 200 gm isi ayam 
5. 1 mangkuk kecil nenas yang dipotong dadu (saya guna yang nenas dlm tin je) 
6. 1 biji telur ayam utk hiasan 
7.  1 paket serbuk nasi goreng adabi
8. kacang gajus (optional) 

Cara-cara ;
  1. Tumbuk halus bahan yang bertanda (*)
  2. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi
  3. Masukkan isi ayam, goreng sehingga garing 
  4. Masukkan serbuk nasi goreng adabi
  5. Masukkan garam 
  6. Gaul sehingga sebati dan masukkan nasi 
  7. Gaul sehingga sebati  lagi dan masukkan nenas 
  8. Kalau dah nampak masak bolehla tutup api dan hidangkan bersama telur dadar yang dihiris halus2.


AYAM MASAK LADA HITAM

Menu untuk hari nie.. ayam masak lada hitam.. sangat sedap dimakan bersama nasi putih


Bahan-bahan ;
  1. 200gm isi ayam yang dipotong kecil2
  2. 4 biji cili api
  3. 1 sudu besar serbuk lada hitam yang telah dibancuh dengan air*
  4. 1 sudu besar sos tiram*
  5. 1 sudu besar kicap pekat*
  6. sedikit sos cili *
  7. 2 biji bawang merah (dimayang halus)
  8. 2 biji bawang putih (dimayang halus)
  9. 1 biji tomaato dipotong dadu
  10. 1 sudu kecil tepung jagung yang telah dibancuh (bagi memekatkan kuah)
Cara-cara ;
1.Tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi
2. masukkan isi ayam & kacau sehingga ayam sedikit masak
3. Masukkan bahan yang bertanda (*)
4. Kacau sehingga sebati dan masukkan bancuhan tepunng jagung
5 Masukkan serbuk perasa jika perlu
6. Akhir sekali masukkan tomato gaul sehingga sebati dan bolehlah tutup api. 

Selamat mencuba :) 

Monday 10 December 2012

Daging Salai Masak Lemak cili Api

Last entry dh buat psl masak lemak cili api.. tp yg ni versi daging salai... walllahhhh.


Bahan - Bahan 

200-300gm daging (disalai lebih kurang 10 minit )
4 biji bawang merah*
1biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
1 sudu kecik serbuk kunyit
10 biji cili api ( nak pedas taruk la banyak2 oke)*
2 batang serai (dititk)
2 Helai Daun limau purut (kalau xbubuh xpe)
1 biji lada hijau sebagai hiasan
 santan anggaran 1 cawan ( tp saya guna susu cair..nk sihat la kononya!) 

 cara -cara :

1.masukkan  susu cair lebih kurang 1 cawan diikuti dengan air
2.masukkan bahan yang bertanda * yang sudah siap diblend
3.masukkan serbuk kunyit
bila dah mendidih sedikit masukkan daging yang telah disalai
4.masukkan serai & daun limau purut & lada hijau
5masukkan garam n sedikit gula6.masak sehingga mendidih ..biarkan seketika.. agak2 dh masak.. boleh la tutup api oke!..

Rupa daging yang disalai, saye salai atas non stick pan je...hihi



akhirnya siapla resepi untuk hari ni.. daging salai masak lemak cili api.


Selamat mencuba , :) lots of love... 

Sunday 9 December 2012

::Pai Epal::

Last day tgk banyak sgt epal betimbun2 dekat supermarket.so ape lagi.. terus beli tanpa fikir sebenarnya nk buat ape dgn epal  yg banyak2 ni...maka timbulla idea untuk membikin pai epal. mengikut citarasa sendiri hasil olahan dari pelbagai blog masakan..


Sangat  geram apabila melihat epal yg comel ni kan...

Resepi ni asalnya daripada isteri kepada abg saya yang menetap di perak.. masa kiteorg belum kawen dulu pernah sekali buat pai epal ni kat kg..dulu time cuti2 semester duk umah.. so keje nya memasak la sokmo kat dapur my mom tu...abg saya si Nazri tu pon jenis yg suka memasak..so ape lagi... mmg syok abes la.. huhu 

Sebenarnya saya x pernah salin pon resepi ni.. ingat2 lupa la sikit.. dengan bantuan resepi di blog masakan yang ada. baru la saya ingat nk taruk ape untuk buat pai epal ni.. huhu.. 

Bahan -bahan untuk doh pai;

2@3 cawan tepung gandum*
sedikit yis*
sedikit garam*
1 cawan Butter*
Sedikit air sejuk untuk proses uli doh*. 
1 biji telur ayam yang dipukul*
1 biji kuning telur untuk ditempek pada pai untuk menambahkan keseriannya.

Bahan -bahan untuk filling pai;

4@5 biji epal hijau yang di potong dadu
Sedikit serbuk kulit kayu manis ( saya blend sendiri je ) haha jahanam blender mak jemah.
2@3 sudu gula ( terpulang pada citarasa anda)

Cara -cara untuk buat doh;
  1. Satukan semua bahan bertanda (*)
  2. Uli sehingga menjadi doh yang lembut 
  3. Setelah siap.. rehatkan doh selama 30 minit di dalam peti sejuk 
Cara-cara untuk filling;

  1. Epal yang didadu digaul bersama serbuk kulit kayu manis
  2. Masukkan gula & gaul sehingga sebati
  3. Perapkannya selama 20 minit supaya bahan2 tadi sebati.

Proses membuat pai ;
  1. Bahagikan doh kepada 2,  1 untu diletakkan sebagai base, 1 lagi untuk menutupinya
  2. Canai doh sehingga sedikit nipis then masukkan ke dalam acuan (saya guna pinggan makan je). nasib baik x meletup pinggan kesayangan ku..sbb xde pie dish .. kikikiki..
  3. Bila dh siap letakkan doh ke dalam acuan, masukkan intinya iaitu epal td.
  4. Ratakan dan yang specialnya saye letak strawberi jam ke atas filling tu.. sgt2 sedap... (optional)
  5. Apabila filling dh rata tutupkannya dengan doh yang kedua.
  6. lebihan doh td boleh dibuat hiasa ( saya buat mcm jalinan kasih).mood rajin. kalu malas amik garfu je tekan2.. 
  7. last sekali jangan lupa gliskan telur kuning di atas pai sehingga rata.
  8. Saya bakar selama 45 - 50 minit dengan suhu 180ᵒC 
so inila dia hasilnya sebelum dibakar;



Setelah siap dibakar inila dia hasilnya, sory mutu gambar x berapa cantik sbb snap guna  camera fon je.


Dah excited nak makan sampai lupa nak snap gambar masa dh dipotong, dh abes ngap baru ingat..nyesalnyeeee

Selamat mencuba , tak Mo cuba tgk Je pon Boley.. :) 

BisKut Coklat Cip Ala Famous AmoS

Al-kisah bermula apabila doh untuk dibuat karipap tidak menjadi, pikir punya pikir nk buat ape la dengan doh ni, nak buang sayang, dok dalam peti nampak semak je peti ais saya tu.. hehe.. dengan pantas tangan menggoogle resepi biskut coklat cip, maklumla first trial , mmg x reti langsung. huhu..setelah puas menjelajah ke blog2 masakan, akhirnya jumpa la satu resepi yang nampak sedap.. so ape lagi terus la salin resepi die..

<<Klik sini untuk resepi biskut coklat cip >>  Tq  tuan punyer blog sebab resepi awk mmg sedap..

inila die doh karipap yang x menjadi dah bertukar menjadi doh utk biskut coklat cips.. fuhh alhamdulillah x membazir ( teringat kat org palestin, makan ape la dorang dlm keadaan darurat tu yer... dari membazir baik saya buat sesuatu..dan akhirnya dengan izin Allah yang maha esa,,maka bertukarlah doh karipap kepada biskut coklat cip.) 




Pic kat bawah ni setelah siap dibakar




Selamat Mencuba, :) 

*Sup Daging beRempah*

Menu untuk hari ini sup daging berempah, setelah puas mengintai blog2 masakan yang ada,maka timbulla hasrat untuk memasak sup, hasil olahan sendiri.. :)


Antara bahan- bahan yang digunakan; 
ni antara bahan sampingan yang dimasukkan ke dalam sup daging saya.. :)


Bahan-bahan; 

300 gm daging lembu dipotong kecil2
1 uncang sup bunjut adabi
1 paket  perencah sup ala siam adabi (optional. kalau x nak bubuh pn xpe)
1 batang kulit kayu manis*
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga lawang*
2 ulas bawang merah (dihiris)*
4 ulas bawang putih(dihiris)*
5 biji cili api
1 inci halia (saya rebus terdahulu bersama daging)
1 biji ubi kentang dipotong dadu
1biji tomato di potong baji
Carrot (dipotong mengiring)
sedikit cili api & daun sup untuk ditaburkan di atas sup
limau (optional. saya suka perah limau ke dalam sup..memang sedap!)

Cara-cara ;

  1. Rebus dahulu daging bersama halia sehingga empuk
  2. Sementara di kuali lain, tumis bahan yang bertanda (*) sehingga sedikit garing
  3. Setelah daging empuk, masukkan bahan tumisan 
  4. Masukkan sup bunjut & perencah sup siam adabi
  5. Setelah mendidih, masukkan ubi kentang, carrot,cili api
  6. Akhir sekali masukkan tomato
  7. Masukkan bahan perasa seperti garam
  8. Setelah direneh seketika bolehlah tutup api. 
So Inila hasilnya ; 



Selamat mencuba, tak Mo cuba, tengOk je Pon boley! :)

Saturday 8 December 2012

::Lala Goreng Berlada::

Hari ni bertemakan cili.. pedas2 belaka... huhu.. menu kedua untuh makan  tengahari hari ini iaitu lala goreng berlada ;


Cili api ni sememangnya sangat sedap dimakan begitu sahaja..sedappp!!!

Bahan-bahan ;

1kg lala
10 biji cili api (dipotong halus-halus)
2 batang serai (dititik)
5 biji bawang putih (ditumbuk halus)
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
sedikit sos tiram
Minyak untuk menumis serta garam&gula sebagai penambah perasa

Cara -cara ;
  1. Tumis bawang putih
  2. Masukkan cili api yang diracik halus-halus
  3. Tumis sehingga sedikit garing 
  4. Masukkan serai
  5. Masukkan Sos Cili, sos tomato & sos tiram
  6. Masukkan lala yang sudah dibersihkan 
  7. Gaul bagi rata, masukkan sedikit air
  8. Masukkan bahan perasa, apabila kuah pekat, bolehlah diangkat. 

Selamat mencuba, tak Mo cuba, tengOk je Pon BoleY :)

::Ikan Talapia MaSaK samBal aLa Thai::

Menu Tengahari ini Ikan talapia masak sambal ala thai, fuh panjang bonar tajuk.. biasa la resepi suka hati .. so dengan suka hati la memberi nama nya..


Bahan -Bahan;

Seekor ikan talapia hitam (200gm)
1 labu bawang besar*
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
3 biji lada besar wane hijau*
15 biji cili api ( nak lagi pedas boleh tambah lagi banyak) *
3@4 helai daun limau purut
1 sudu kecil pes tom yam
Sedikit halia*
Garam& kunyit untuk menggoreng ikan
Bahan yang bertanda (*) ditumbuk  sehingga lumat

Cara -cara ;

  1. Goreng ikan yang telah disalut dengan garam&kunyit sehingga garing
  2. Setelah ikan masak ketepikan, tumis bahan yang bertanda (*)
  3. Masukkan pes tomyam, tumis sehingga sedikit garing
  4. Masukkan daun limat purut yang diracik halus
  5. Tambah bahan perasa seperti garam& gula
  6. Apabila tumisan masak bolehlah dituang kepada ikan yang telah digoreng td.
Ucapan khas buat jiran:: kite mintak maaf banyak2 yer sbb tumisan kite buat kamu bersin2 ..huhuh.. en suami pon terbersin-bersin penangan sambal tumis ikan talapia ala thai kite ni..huhu.. yang penting suami suka. alhamdulillah.. 



Selamat mencuba, tak Mo cuba, tgk Je pon boleY.. :) 

CrePe DuriAn (*>*)

Disebabkan di belog lain ..habes dok update sal crepe doyan ni..so saye pon dengan ghairahnya ingin cuba jugak.. hohoo.

resepi asal kat sini>tq tuan belog sbb rajin update tutorial!!

Melalui resepi n tutorial yang diajar step by step..So Ini la die hasilnya;


Penat mak jemah buat 2 kaler untuk bg nampak menarik sikit.. huhu..



So inilah hasil crepe durian tu.. ok la.. not to bad first trial.. suami tgk pelik jek..aduh outdate sungguh abg ni!.. hehehe.. 

::Egg Mayo With Chese::

Malam2 buta.. tetiba perut berkeroncong.. cepat2 bukak peti ape yg ade... so ni yang ade... maka terjadilah egg mayonaise with extra cheseeeee ( resepi ikut suka hati )

Bahan-bahan;

1.4 Keping roti putih 
2.Telur yang dihancurkan (saya goreng je dlm kuali nonstick)
3.Mayonaise
4.Black paper
5.Sedikit sos cili ( sbb nak rasa pedas2 sikit )

Cara Membuat ;

1.Goreng 2 Biji telur kacau sampai hancur
2.Dah siap, masukkan sikit garam & black paper
3.Gaul bersama mayonaise & sos cili
4. Dah siap gaul, sila la tempek pada roti.
5.Taburkan chesee di atas telur hancur tu
6.Bakar sekejap ( agak2 dh cair chesee ok la tu).

::So ini la die Egg Mayo Extra Chesee resepi ikut suka hati saya::


Selamat mencuba.. tak Mo cuba, Tengok je Pon BoleH :)

::TOm Yam CiNTa::

TOm Yam....
Tetiba aje malas nak masak.. so inila resepi yang menunjukkan kemalasanku.. huhuhu

Antara Bahan yang digunakan :

Bahan wajib ;
(wajib bagi saya je. kalo resepi org lain x taw la.. huhu)
1.Pes Tom yam
2.Serai (dititik)
3.Daun limau purut
4.Ayam ( nak guna seafood pun boley)
5.Sedikit santan @ susu cair
6.Sedikit lengkuas

Bahan penambah kesedapan ;
(sengaja taruk sayur banyak2)
1.Sayuran ; Brokoli, Carrot, Peas, Bawang besar, Bunga kobis, Tomato, Lada besar,Halia
(sayuran yang ditambah mengikut selera masing2)

Cara penyediaan ;

1.Masukkan sedikit minyak & tumis pes  tom yam
2.Agak2 dh bersin hidung tu masukkan ayam. kacau seketika
3.Masukkan air
4.Masukkan bahan2 penambah kesedapan yang telah dinyatakan di atas.


::AntaRa SayuRan YanG diGunakaN::


::Sudah Selamat berada di dalam periuk::





SeLamat MencUba . x mo Cuba, tgK saje pon boLeh :) 

Nasi LeMak KobOi (^.^)

....Nasi LeMak  koBoi....

Weekend yg Memenatkan... seharian mengemas rumah.. tetiba perut berkeroncong.. ooo.. x bekpes ag rupanya... atas permintaan en suami.. maka terjadila nasi lemak koboi ni..


                                                           :::NASi LeMak :::


Bahan - Bahan untuk memasak nasi lemak; 

1. Beras
2.Santan Pekat
                  3. Sedikit Halia                    
4. Bawang Merah
5.Sedikit Garam 
6. Daun pandan


Cara- Cara 

1.Satukan semua bahan di atas 
2.Masukkan sedikit air
3.Tanak nasi sehingga masak


:::SaMbaL Tumis Ikan BiLis:::


Bahan -bahan untuk sambal ikan bilis tumis ;

1. Ikan bilis (dibuang kepala)
2. Bawang merah*
3.Bawang putih*
4.Halia*
5 Pes cili
6. Garam/Gula secukup rasa
7. Bahan bertanda ( * )diblend

Cara -Cara 
1. Tumis bahan yang diblend sehingga wangi & masukkan pes cili
2. Masukkan ikan bilis yang telah dibasuh
3.Kacau sehingga wangi then masukkan garam & gula secukup rasa


:::Telur Rebus:::
Telur rebus untuk saya (^.^)



:::Ayam Goreng Ala KFC:::
 disebabkan malas nk bancuh tepung .kite goreng yg instant je oke! ni untuk en suami.. peminat ayam tegar .. heheh



Inila die resepi nasi lemak koboi yang sempat saye share.. :) 



Selamat Mencuba.. Tak mO cuba Tengok Je pon boleH.... :)





Friday 30 November 2012

::iKan KemBung MasaK Lemak Cili Api::



Hari ni meroyan nk mam masak lemak.huhu. setelah puas membelek blog2 masakan ini la hasilnya ;


Antara bahan yang digunakan :

2 ekor ikan kembung
4 biji bawang merah*
1biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
1 sudu kecik serbuk kunyit
10 biji cili api ( nak pedas taruk la banyak2 oke)*
2 batang serai (dititk)
2 Helai Daun limau purut (kalau xbubuh xpe)
1 biji lada hijau sebagai hiasan
 santan anggaran 1 cawan ( tp saya guna susu cair..nk sihat la kononya!) 

 cara -cara :

1.masukkan  susu cair lebih kurang 1 cawan diikuti dengan air
2.masukkan bahan yang bertanda * yang sudah siap diblend
3.masukkan serbuk kunyit
bila dah mendidih sedikit masukkan ikan
4.masukkan serai & daun limau purut & lada hijau
5masukkan garam n sedikit gula
6.masak sehingga mendidih ..biarkan seketika.. agak2 dh masak.. boleh la tutup api oke!

selamat mencuba...lots of love....





::AyaM maSaK KicAp PeDas::

Kelmarin pikir punya pikir nk masak ape.. tibe2 termuncul idea utk masak ayam masak kicap pedas..alhamdulillah senang n mudah disediakan (resepi suka hati mmg sgt mudah nk buat :p )

So Inila resepi suka hati tu ; 

ni bahan2 yang digunakan..

1/2 biji bawang besar Holand*
3 ulas bawang merah*
2 ulas putih*
1 inci halia*
1 biji cili hijau (untuk hiasan semata-mata)
3 biji cili padi*
2 helai daun limau purut (kalau x taruk pn xpe)
2 batang serai (dititik)
sedikit cili giling(nk pedas ..masuk la banyak)
3@sudu kicap cair
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
dan watak utama nya ialah 4@5  ketul yang digoreng 1/2 masak oke!


cara-cara ;

1.Gorengkan ayam setengah masak dan diketepikan
2.Panaskan minyak then tumis bahan bertanda * 
3.masukkan kulit kayu manis & bunga lawang serta serai & daun limau purut
4.goreng sampai wangi2 gitu...
5.masukkan  kicap dan kacau lagi.. 
6.masukkan gula & garam secukup rasa..
7.lastly masukkan ayam .. gaul hingga rata.. biarkan seketika.. then bolehla tutup api oke!..

so ni la hasilnya..:



selamat mencuba oke!!

Thursday 29 November 2012

....KeK BaTik....

Last Day sempat buat kek batik.. mulut ni teringin sgt nk mam kek batik.. ape lagi..laju2 sms my xroomates masa stadi kat U dulu... huhu so ni la resepinyer...

Bahan2 ::
1 paket biskut mary
1 paket kecik milo
8 biji telor (saya guna 4 biji jek)
majerin secukup rasa
1 tin susu pekat manis
cara2 membuat::

panaskan kuali @ periuk
masukkan majerin lebih kurang satu cawan
masukkan milo
masukkan susu pekat
masukkan telur yg sudah dipukul
sedikit esen vanila -kalo xnk bubuh pon xpe.. just utk hilangkan rasa hanyir telur
gaul hinggal likat masukkan biskut yg telah di patah2 kan.. ikut suka nk patahkan kepada berapa.. better patah dua je. huhu.. dh siap..
gaul bia rata.. masukkan dlm bekas n padatkan die then masuk lam peti ais..
Tadaaaa.... inilah hasilnyaaaaa:- 

Selamat mencuba...Lots of Love..

Wednesday 28 November 2012

Saya budak baru belajar..

Alhamdulillah... berkat tunjuk ajar seorang sahabat.. saya berjaya masuk di dalam dunia blogging... omg.. this is so excited oke!.