Sunday 9 December 2012

::Pai Epal::

Last day tgk banyak sgt epal betimbun2 dekat supermarket.so ape lagi.. terus beli tanpa fikir sebenarnya nk buat ape dgn epal  yg banyak2 ni...maka timbulla idea untuk membikin pai epal. mengikut citarasa sendiri hasil olahan dari pelbagai blog masakan..


Sangat  geram apabila melihat epal yg comel ni kan...

Resepi ni asalnya daripada isteri kepada abg saya yang menetap di perak.. masa kiteorg belum kawen dulu pernah sekali buat pai epal ni kat kg..dulu time cuti2 semester duk umah.. so keje nya memasak la sokmo kat dapur my mom tu...abg saya si Nazri tu pon jenis yg suka memasak..so ape lagi... mmg syok abes la.. huhu 

Sebenarnya saya x pernah salin pon resepi ni.. ingat2 lupa la sikit.. dengan bantuan resepi di blog masakan yang ada. baru la saya ingat nk taruk ape untuk buat pai epal ni.. huhu.. 

Bahan -bahan untuk doh pai;

2@3 cawan tepung gandum*
sedikit yis*
sedikit garam*
1 cawan Butter*
Sedikit air sejuk untuk proses uli doh*. 
1 biji telur ayam yang dipukul*
1 biji kuning telur untuk ditempek pada pai untuk menambahkan keseriannya.

Bahan -bahan untuk filling pai;

4@5 biji epal hijau yang di potong dadu
Sedikit serbuk kulit kayu manis ( saya blend sendiri je ) haha jahanam blender mak jemah.
2@3 sudu gula ( terpulang pada citarasa anda)

Cara -cara untuk buat doh;
  1. Satukan semua bahan bertanda (*)
  2. Uli sehingga menjadi doh yang lembut 
  3. Setelah siap.. rehatkan doh selama 30 minit di dalam peti sejuk 
Cara-cara untuk filling;

  1. Epal yang didadu digaul bersama serbuk kulit kayu manis
  2. Masukkan gula & gaul sehingga sebati
  3. Perapkannya selama 20 minit supaya bahan2 tadi sebati.

Proses membuat pai ;
  1. Bahagikan doh kepada 2,  1 untu diletakkan sebagai base, 1 lagi untuk menutupinya
  2. Canai doh sehingga sedikit nipis then masukkan ke dalam acuan (saya guna pinggan makan je). nasib baik x meletup pinggan kesayangan ku..sbb xde pie dish .. kikikiki..
  3. Bila dh siap letakkan doh ke dalam acuan, masukkan intinya iaitu epal td.
  4. Ratakan dan yang specialnya saye letak strawberi jam ke atas filling tu.. sgt2 sedap... (optional)
  5. Apabila filling dh rata tutupkannya dengan doh yang kedua.
  6. lebihan doh td boleh dibuat hiasa ( saya buat mcm jalinan kasih).mood rajin. kalu malas amik garfu je tekan2.. 
  7. last sekali jangan lupa gliskan telur kuning di atas pai sehingga rata.
  8. Saya bakar selama 45 - 50 minit dengan suhu 180ᵒC 
so inila dia hasilnya sebelum dibakar;



Setelah siap dibakar inila dia hasilnya, sory mutu gambar x berapa cantik sbb snap guna  camera fon je.


Dah excited nak makan sampai lupa nak snap gambar masa dh dipotong, dh abes ngap baru ingat..nyesalnyeeee

Selamat mencuba , tak Mo cuba tgk Je pon Boley.. :) 

1 comment:

  1. Wynn Slots for Android and iOS - Wooricasinos
    A wooricasinos.info free https://deccasino.com/review/merit-casino/ app for slot machines from WRI Holdings worrione Limited that https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ lets you play the popular งานออนไลน์ games, such as free video slots, table games and live casino

    ReplyDelete