Thursday 17 January 2013

Pulut Kuning Rendang Ayam

biasanya kalau buat pulut kuning ada hari istimewa contohnya qatam al quran, majlis perkahwinan dan sebagainya... Tapi kali  ni buat  sebab mood terlampau rajin masih berbaki ..hEhEhEhe.. 


Pulut ni..cara mengolahnya memang sangat expres, zue belajar dekat My Resepi punya blog, ada sorang akak ni share, alhamdulillah zue try la n menjadi. ni kali ke 2 zue  buat pulut kuninng express ni, kalau mengikut cara konvensional memang memakan masa yang lama. Tapi rasanya lebih kurang sama sahaja bagi zue. :) 


Resepi pulut kuning express

Bahan-bahan membuat pulut 
  1. 300 gm beras pulut yang direndam lebih kurang 1 jam
  2. 200 ml santan pekat (zue guna santan kotak jenama ms santan je)
  3. Garam dan gula
  4. sedikit air suam
  5. sedikit daun pandan (optional)
Cara-cara membuat
  1. Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam periuk nasi
  2. Masukkan semua bahan yang bernombor 2-5 ke dalam periuk
  3. Gaul sehingga sebati
  4. Jangan masukkan air terlalu banyak nanti pulut kita menjadi lembik dan kurang rasa lemak manisnya.
  5. then bolehla masak pulut seperti biasa seperti masak nasi
  6. balik2 kan pulut supaya tidak hangus.
  7. Jika sudah berpuas hati dan masak bolehla diangkat. 
Resepi Rendang  Ayam 

Bahan-bahan ;
  1. 1paket  rempah rendang adabi yang dibancuh dengan air panas
  2. 400-500gm ayam
  3. 7-8 ulas bawang merah dan 3-4 ulas bawang putih*
  4. 1 sudu besar kerisik
  5. 1 1/2 cawan santan pekat*
  6. Sedikit halia dan lengkuas*
  7. Sedikit air
  8. garam dan gula secukup rasa
  9. 2-3 helai daun kunyit  yang dihiris nipis2
  10. 1-2 helai daun limau purut yang dihiris nipis2
  11. 1 batang serai yang dititik, zue guna 1 je sebab serainya saiz besar 
  12. sedikit air asam jawa extra adabi
Cara  membuat 
  1. Kisar bahan bertanda * sehingga lumat 
  2. Tumis bahan bertanda * sehingga wangi bersama sedikit minyak masak
  3. setelah naik bau, masukkan rempah rendang adabi dan tumis sehingga pecah minyak
  4. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati
  5. Masukkan santan dan sedikit air bersama air asam jawa
  6. Masukkan Daun limau purut,serai, daun kunyit
  7. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan kerisik
  8. jangan berhenti menggaul supaya di bahagian bawah tidak hangit
  9. Masak sehinngga kuah menjadi kering @pekat
  10. rasakan garam dan gula nya, jika sudah berpuas hati bolehlah ditutup api

Selamat mencuba,
p/s: setiap bahan yang digunakan adalah anggaran masing-masing , jika terlalu mengikut resepi pon tak menjadi jugak, apa yang zue boleh cakap, tengok resepi sebagai panduan untuk membuat, dan masaklah dengan sepenuh hati, insha Allah apa yang dimasak akan mengikut apa yang kita mahukan, jangan lupa.. masak sambil bezikir bukan sambil membebel.. 

No comments:

Post a Comment